Showing posts with label Greeting. Show all posts
Showing posts with label Greeting. Show all posts

Tuesday, 17 May 2011

Selamat Hari Wesak




Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.
Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.
  • Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.
  • Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.
  • Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.
Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras".
Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.
Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:
  1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
  2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
  3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.

Saya ucapkan Selamat Hari Wesak kepada penganut buddha... Salam 1 Malaysia...
Peace~

Monday, 16 May 2011

Hari Jadi Adik, Asyraf...

Semalam, 15/5/2011 adalah birthday adik lelaki aku, Asyraf...

Sebelum hari jadi dia, nk la beli hadiah, tp duit lak ade sikit...

Huhu, minta duit kat adik lelaki aku sorang lg, Afif.. Masa tu dia balik kejap jer kt umah sebab cuti hari bekerja.. pas cuti dia akn terus pergi kuantan..

Afif bg aku duit ckit, dia suh aku beli hadiah utk besday adik aku tu, lg pn dia x leh nk balik masa besday adik aku...

Duk cari hadiah per yg sesuai utk adik aku tu.. ayoo~ susah la nk cari hadiah utk bdk laki ni... kalu perempuan senang ckit...

Cari punya cari, jumpa gak.. Aku siap carikan pembalut hadiah utk balut hadiah tu... hahaha... yg pastinya, aku pilih pembalut warna pink... mesti adik aku ni x bape suka... lantak la, aku yg beli.. hahaha...

siap beli smua, dan siap balut hadiah ni.. lawa x?? cam hadiah nk kasi kat girl kn???
hehe... saje jer pilih warna pink ni, sbb pasni dia akan buang gak pembalut ni.. ade lukisan kasut lagi.. I like it~ hahaha...


malam tu gak kul 12 tgh mlm tepat, aku kasi hadiah ni kat adik aku... reaksi muka dia.. tgk la... cam x nk jer amik hadiah ni, sbb dia ckap hadiat utk budak perempuan, kaler pink2 gitu... huh, suka ati la nk balut kaler pe pun.. kita yg kasi hadiah.. lepas ni buang gak pembalut tu... hahaha... bengang btol dia bila tgk hadiah ni..



Aku wish kt dia, Selamat Hari Lahir yg ke -15, Asyraf... Smoga pjg umur dan murah rezeki.. Smoga apa yg adik impikan akan tercapai, amin.. kak syg adik...



Taraaa~ lepas dia buka hadiah ni, dia ckap dia suka sgt dgn kapal ni... haha..ok2.. nasib baik dia suka, kalu aku kasi hadiah utk bdk perempuan btol2 x psl dia merajuk gak malam tu.. hahaha... XD

End~ ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...